Remaja lelaki ditemukan lemas di Rompin

KUANTAN: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, pada hari Khamis ditemukan lemas semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata mayat Mohd Iman Daniel Azri, 14, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 6.59 petang, selepas timbul lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas dalam satu kenyataan malam tadi.

Media pada hari Khamis melaporkan, Mohd Iman Daniel yang beralamat di Felda Keratong 4, Rompin, dipercayai dihanyutkan arus ketika mencari kepah di sungai berkenaan, bersama rakannya. - Bernama



from Highlights https://ift.tt/3oM16H4
via IFTTT

Nhận xét

Bài đăng phổ biến