Lapan pelacur warga asing ditahan

GEORGE TOWN: Polis menahan lapan pelacur warga asing termasuk seorang daripadanya adalah penjawat awam di negara jiran, dalam siri serbuan di sekitar daerah Timur Laut di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihak polis menjalankan operasi bermula 6 petang hingga 10 malam dengan melakukan tujuh serbuan di beberapa premis seperti hotel bajet, rumah tumpangan dan apartment yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran.
“Serbuan itu dijalankan hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, dalam pemeriksaan tersebut polis berjaya menahan lapan wanita warga asing berusia 25 hingga 47 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran.
“Hasil siasatan kami mendapati seorang daripada wanita itu mengaku dia adalah seorang penjawat awam (suami juga penjawat awam) di negaranya dan mendakwa datang ke negara ini untuk menjalankan aktiviti persundalan bagi memperoleh pendapatan tambahan,‘’ katanya dalam kenyataan hari ini.
Ekoran penahanan mereka, polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan bagi menjalankan kegiatan pelacuran dan turut merampas wang tunai RM2,200 dipercayai hasil kegiatan tersebut.
Katanya siasatan awal mendapati semua wanita itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan ada dalam kalangan mereka yang pas tersebut telah tamat tempoh.
Soffian berkata berdasarkan siasatan juga mendapati mereka mencari pelanggan menggunakan aplikasi WeChat dan mengenakan bayaran seks antara RM150 hingga RM250.
Menurutnya semua lapan wanita itu direman untuk siasatan lanjut dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan atas kesalahan melacur, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana pas lawatan telah tamat tempoh dan Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 iaitu salah guna pas lawatan sosial. - Bernama
from Highlights https://ift.tt/Cz51SyF
via IFTTT
Nhận xét
Đăng nhận xét