Polis kesan tahanan lari dari hospital

NIBONG TEBAL: Polis sedang mengesan seorang tahanan yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Ng Ah Thiam berkata pihaknya menerima laporan pada 3.56 petang tadi daripada warden penjara yang memaklumkan seorang tahanan lelaki warga tempatan melarikan diri.
“Kejadian itu berlaku di wad kuarantin tibi iaitu wad lima HSB dan tahanan lelaki tersebut dikenali sebagai Nordin Ahmad, 54. Semasa meloloskan diri suspek memakai t-shirt Kelabu dan seluar pendek warna hitam,“ katanya dalam kenyataan malam ini.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata polis telah melancarkan Op Tutup dan usaha giat dijalankan bagi mengesan tahanan berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar daerah berkenaan.
Ah Thiam berkata pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung tahanan itu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222 atau pegawai penyiasat Inspektor M Karthik 016-6970009 atau mana-mana balai polis berhampiran.-Bernama
from Highlights https://ift.tt/sBQSKRE
via IFTTT
Nhận xét
Đăng nhận xét