Pengubahan wang haram: Seorang Ahli Parlimen akan didakwa esok

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan pengubahan wang haram, di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Menurut sumber, Ahli Parlimen berkenaan bakal berdepan dengan lebih 15 pertuduhan, melibatkan nilai wang pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM6 juta.
“Beliau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini, untuk diambil keterangan sebelum dituduh esok,” katanya.
Selain itu, sumber turut memaklumkan bahawa seorang Timbalan Ketua Bahagian sebuah parti politik, juga akan dituduh atas kesalahan yang sama melibatkan nilai wang berjumlah kira-kira RM500,000 di mahkamah sama.
“Individu itu juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis ini, bagi menghadapi beberapa pertuduhan melibatkan nilai lebih RM3 juta, dengan kesemua pertuduhan di bawah seksyen sama,“ kata sumber itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan perkara berkenaan namun enggan mengulas lanjut. - Bernama
from Highlights https://ift.tt/fp5gyS7
via IFTTT
Nhận xét
Đăng nhận xét