Michelle Yeoh terus membanggakan Malaysia, jadi pelakon Asia pertama memenangi Oscar

LOS ANGELES: Tan Sri Michelle Yeoh terus membanggakan Malaysia apabila memenangi Anugerah Akademi (Oscars) ke-95 kategori pelakon wanita terbaik menerusi lakonannya dalam filem drama komedi Everything Everywhere All at Once, yang turut dinobatkan Filem Terbaik.

Pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama berketurunan Asia Tenggara memenangi anugerah berprestij itu.

Kejayaan di pentas Oscar itu menambah trofi kemenangan Yeoh untuk filem yang sama termasuk Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe awal Januari, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) pada awal Februari dan yang terbaharu SpIRIT Awards untuk lakonan terbaik. - Bernama



from Highlights https://ift.tt/jfywNAz
via IFTTT

Nhận xét

Bài đăng phổ biến